Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger



Bait muslim



Laman “KELUARGA” atau “BAIT MUSLIM” ialah laman memaparkan artikel mengenai pembinaan rumahtangga Islam. Keluarga adalah unit terpenting dalam sesebuah masyarakat. Jika ia teguh dan berjaya, maka pembentukan sebuah Masyarakat Islam yang akan mendokong Negara Islam akan menjadi teguh dan berjaya. Sebaliknya jika rosak keluarga, maka rosaklah negara. Sebuah Bait Muslim tidak mungkin boleh dibentuk melainkan oleh pasangan dari Individu-individu Muslim yang telah terbentuk dengan baik. Oleh itu mendidik atau mentarbiyah individu adalah proses dan kerja yang paling asasi didalam Dakwah Islam dan perjalanan sesebuah organisasi yang ingin mencapai cita-cita Islam.


Dicatat oleh Imam Al-Ghazali Jangan engkau kahwini wanita yang enam iaitu wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”
1) Wanita Ananah :Banyak mengeluh & mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
2) Wanita Mananah :Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu.”
3) Wanita Hananah :Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
4) Wanita Hadaqah :Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
5) Wanita Baraqah :Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.
6) Wanita Syadaqah :Banyak cakap tidak menentu lagi bising.