Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger



PENGHUNI SYURGA



Suatu hari seorang Arab Dusun datang bertemu Rasulullah SAW,katanya kepada baginda,"Tunjukkanlah kepadaku suatu amalan yang mana bila aku melakukannya aku akan masuk syurga kerananya.


"Mendengar permintaan itu,Nabi Muhammad pun menjawab,"Sembahlah Allah.Jangan menyekutukanNya dengan sesuatu yang lain.Tegakkanlah solat-solat wajib dan bayarlah fardhu zakat serta berpuasa pada bulan Ramadhan."Mendengar jawapan itu,Arab Dusun itu pun berkata."Demi Allah yang diriku berada di tangan-Nya,Tidak akan aku tambah daripada ini."Kemudian lelaki itu pun pulang.Sebaik sahaja dia pergi,baginda pun bersabda,"Siapa yang senang melihat seseorang daripada penduduk syurga,lihatlah Arab Dusun itu tadi."