Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger



Panduan menjauhi sihir


1.Sentiasa memelihara solat lima waktu dan menjaga kualiti solat.
2.Memperbanyakkan bacaan ayat-ayat Al Quran dan zikir secara berterusan serta komited.
3.Mengamalkan bacaan surah Al Fatihah.
4.Membaca  3 surah terakhir (tiga Qul) setiap hari sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang.


4 Keutamaan



Di Akhirat kelak,seorang lelaki dipertanggungjawabkan terhadap 4 golongan wanita iaitu:
1.IBUNYA
2.ISTERINYA
3.ANAK PEREMPUANNYA
4.SAUDARA PEREMPUANNYA


Bait muslim



Laman “KELUARGA” atau “BAIT MUSLIM” ialah laman memaparkan artikel mengenai pembinaan rumahtangga Islam. Keluarga adalah unit terpenting dalam sesebuah masyarakat. Jika ia teguh dan berjaya, maka pembentukan sebuah Masyarakat Islam yang akan mendokong Negara Islam akan menjadi teguh dan berjaya. Sebaliknya jika rosak keluarga, maka rosaklah negara. Sebuah Bait Muslim tidak mungkin boleh dibentuk melainkan oleh pasangan dari Individu-individu Muslim yang telah terbentuk dengan baik. Oleh itu mendidik atau mentarbiyah individu adalah proses dan kerja yang paling asasi didalam Dakwah Islam dan perjalanan sesebuah organisasi yang ingin mencapai cita-cita Islam.


Melahirkan anak pintar



Kemahiran berfikir penentu kejayaan anak-anak dalam bidang diceburi)


Mengimbau sejarah islam,Luqman al Hakim adalah seorang ayah penyayang dan bijak dalam mendidik anak-anaknya.Beliau mendidik anaknya dengan pandangan penuh kasih sayang.Cara pendidikannya melalui nasihat penuh hikmah,lontaran perbandingan bagi membimbing anak-anak untuk berfikir.Beliau bijak mengatur kata-kata dalam membangunkan kefahaman dan memperkasa jiwa si permata hati.


Kekuatan Sedekah



Dikisahkan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Ahmad :

Tatkala Allah Ta’ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.

Para malaikat terheran-heran akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?”

Istiqamah



ADAKALANYA fikiran kita rasa berserabut, perasaan kita rasa tidak menentu. Apa yang kita buat rasa tidak kena. Solat dan ibadah tidak dapat dirasa kemanisannya. Seolah-olah ada sesuatu yang perlu kita dapatkan untuk menenangkan fikiran dan hati kita yang berkecamuk.

Lihat sahajalah apa yang berlaku di sekeliling kita, pembunuhan di sana-sini. Pelacuran yang berleluasa. Anak-anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa, remaja-remaja yang terjebak dan hanyut dalam gejala sosial, pembuangan bayi yang tidak berdosa menjadi-jadi.

Kehormatan umat Islam dipersendakan dan bermacam-macam lagi. Semuanya menyayat hati dan perasaan kita. Itu tidak termasuk tekanan kerja dan pengajian yang terpaksa kita harungi setiap hari.




Iman,amalan soleh



HASAN al-Basri berkata: “Sesungguhnya hati dapat hidup dan mati. Apabila dia hidup, kerjakanlah amalan sunat dan apabila ia mati cukuplah mengerjakan amalan fardu.”

Apabila iman berkurangan, maka kuranglah kesungguhan beribadah. Hati disibukkan dengan perkara melalaikan. Kenikmatan beribadat pula bertukar menjadi suatu bebanan. Mustahil untuk terus bangkit daripada penyakit ‘lemah iman ini’.



Hidupkan jiwa mati


Air mata takut hari pembalasan untuk tambah ilmu lebih mahal daripada isi dunia

DUA belah mata boleh menangis, tetapi hati tetap reda atas ketentuan-Nya. Demikianlah keadaan orang Mukmin yang bersedih. Tawa dan tangis, gembira dan sengsara, nikmat dan ujian semuanya adalah lumrah kehidupan.

Seseorang itu tidak mungkin hanya melalui satu episod dalam kehidupannya, sedih dan menangis untuk selama-lamanya. Semua akan datang dan pergi silih berganti, tiada yang kekal di dunia ini.


Alquran menjawab ..

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)


Kelebihan ayat kursi



1. Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas memyempurnakan solat fardhu akan dipelihara oleh Allah sehingga solat berikutnya

2. Allah swt akan menghantar dua malaikat untuk memelihara orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan sehingga waktu subuh


Al-Quran Karim



Al-Quran atau Quran (bahasa Arab: القرآن al-Qur'ān) ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar.


KaedahJibril

"Tentu ramai yang ingin tahu cara termudah untuk FAHAMI 'big picture' Al-Quran & HAFAZ surah idaman SEKALIGUS...
- tak kira sesibuk manapun anda,
'start' menghafaz seperti 'pro' sekarang!"

(Rebut peluang keemasan untuk kuasai 'fakta penting' Al-Quran dan ketahui RAHSIAteknik hafazan paling praktikal.