Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger



Khutbah Terakhir Umar Bin Abdul Aziz (Rahimahullah)

-منبر الجامع الكبير فآخر خطبة خطبها عمر بن عبد العزيز من ي دمشق
iaitu khutbah yang menyayat hati bagi seorang khalifah yang memberi nasihat pada rakyatnya 
Selepas memuji Allah Taala dan berselawat ke atas Rasulullah saw beliau memulakan bicara :
“Wahai sekalian manusia, Sesungguhnya tidaklah kalian diciptakan dengan sia-sia, dan kalian tidak akan dibiarkan begitu saja tanpa diperintah dan dilarang. Dan sesungguhnya bagi kalian ada perjanjian yang telah Allah ta’ala turunkan di dalamnya sebagai pemutus perkara dan pembeza di antara kalian. Sesungguhnya telah celaka dan kerugian orang yang telah keluar dari rahmat Allah Taala yang mana padahal rahmat-Nya itu meliputi segala sesuatu, dan telah celaka dan kerugian pula seseorang yang diharamkan baginya al-jannah (syurga) yang mana padahal syurga Allah Taala itu seluasnya langit dan bumi.

Ketahuilah kalian bahawa keamanan pada hari esok (hari akhirat) adalah bagi orang yang menjaga serta memelihara diri daripada azab Allah Taala dan takut kepadaNya sertanya juga orang yang mahu menggantikan sesuatu yang fana (dunia) dengan sesuatu yang kekal (akhirat), yang mahu menggantikan sesuatu yang sedikit dengan sesuatu yang banyak, dan juga yang menggantikan rasa takut (dengan sebab kemaksiatan) dengan keamanan (mengerjakan ketaatan). Tidakkah kalian semua melihat bahawa kalian berada pada jalan orang-orang yang akan binasa dan musnah? Dan kalian akan digantikan oleh orang-orang lain setelah kalian dan generasi seterusnya sehingga kalian kembali kepada sebaik-baik pemberi warisan (Allah Taala)?

Setiap hari, kalian berjalan pada waktu pagi dan petang menuju kepada Allah Taala. Sebahagiannya telah datang kepadanya keputusan daripada Allah & sebahagian yang lain masih lagi menunggu keputusan dari-Nya (Allah Taala). Kalian semua akan letih untuk terus menempuhi jalan yang mendaki, kemudian kalian berdo’a kepada-Nya tanpa sandaran dan juga tanpa aturan, berpisah dengan orang-orang tercinta, terputuslah hubungan kekasih, dan kemudiannya menetap di dalam kubur (alam barzakh) untuk menuju ke hari pembalasan dan perhitungan amal, kini dia tergadai dengan amalannya, dia mengharapkan kepada sesuatu yang akan datang dan berasa cukup dengan apa yang dia tinggalkan.Maka, bertaqwalah kepada Allah Taala sebelum datangnya kematian dan ketetapan (qada’) daripada Allah. Demi Allah, sesungguhnya aku menyebutkan perkataan ini kepada kalian dan aku tidak mengetahui seseorang pun yang mana dosanya lebih banyak daripada dosaku.

Dan tidaklah salah seorang daripada kalian menyampaikan keperluannya kepadaku kecuali akan aku penuhi hajatnya tersebut sekadar kemampuanku. Dan tidaklah salah seorang di antara kalian yang mencukupkan diri dengan apa yang ada pada kami kecuali aku menginginkannya sebagai bahagian dari keringat (peluh) dan dagingku sehingga kemudian menjadi sama antara kehidupan kami dengan kehidupan dia.

Dan demi Allah, jika seandainya aku menginginkan selain perkara ini daripada kemewahan dan kenikmatan dunia, maka lisan ini akan merendahkannya dengan sebab-sebab yang telah diketahui. Akan tetapi telah berlaku ketetapan (qada’ dan qadar) dari Allah menerusi kitab-Nya dan Sunnah rasul-NYA yang adil lagi benar, yang membimbing untuk taat kepada-Nya dan melarang kami dari melakukan maksiat kepada-Nya.”
Kemudian, beliau (Rahimahullah) mengangkat hujung selendangnya dan menangis teresak-esak sehingga pengsan yang menyebabkan orang-orang di sekelilingnya pun turut menangis. Kemudiannya beliau turun dari mimbar dan tidak pernah beliau berkhutbah lagi selepas itu sampai wafat.Rahmat Allah kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz (Khalifah Adil)