Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger



Panduan Khusyuk Solat



1)Jauhi maksiat dalam hidup kerana ia memberi kesan negatif pada Hati. 


2)Selesaikan dahulu urusan kendiri (contohnya qada ' hajat(buang air kecil,makan dan sebagainya.

3)Solat diawal waktu.

4)Fahami dan cuba hayati setiap apa yang dibaca.

5)Sedar tentang setiap tuturan dan  pergerakan dalam solat yang dilakukan.

6)Bayangkan betapa diri ini begitu kerdil dan lemah di depan Allah SWT.

7)Solat diawal waktu.

8)Hendaklah kita menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

9)Lintaskan seolah-olah solat tersebut adalah kesempatan,amalan solat yang terakhir(kematian)

10)Menjaga, melakukan  rukun-rukun solat secara tertib.

11)Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, pengertian bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Hal ini kerana, bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang mendalam, halus yang patut diketahui oleh orang yang melaksanakannya.

12)Mengambil wuduk dengan sempurna. (ambillah perkara yang sunat sekali).

13)Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

14)Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

15)Mendirikan sembahyang secara berjemaah. (sangat digalakkan).

16)Kurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.

17)Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

18)Menjaga, melakukan  rukun-rukun solat secara tertib.

19)Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

20)Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.