Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger



Berpeganglah Pada Sunnah Rasulullah..



Cerdasnya orang yang beriman ialah, 


mereka yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, 
yang sekejap untuk hidup yang panjang...
Hidup ini bukan untuk hidup semata mata, 
tetapi hakikatnya hidup untuk Yang Maha Hidup... 

Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup...
Mati adalah permulaan hidup kita, maka sambutlah ianya dengan penuh ketakwaan
dan kita tidak sepatutnya takut akan kematian..
kerana mati itu lah sebenarnya kunci serta pintu utk kita bertemu dengan Allah S.W.T..
Sesungguhnya kita dituntut dan menjaga sunah rasulullah..antaranya:

Pertama... 


Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin itu terletak pada tahajjudnya...

Kedua..

Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari.. Alangkah baiknya sebelum mata kita melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman... 

Ketiga...

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.. Sebelum melangkah kaki kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah... 

Keempat..

Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.. “Di antaranya hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha"....

Kelima... 

Jaga sedekah setiap hari... Sesungguhnya Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat juga akan selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.. 

Keenam..

Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib,,,"Orang yang selalu berwudhu sentiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, iaitu "ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah"..

Ketujuh...

Amalkan istighfar setiap saat.. Kerana dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah S.W.T...