Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger



Melahirkan anak pintar



Kemahiran berfikir penentu kejayaan anak-anak dalam bidang diceburi)


Mengimbau sejarah islam,Luqman al Hakim adalah seorang ayah penyayang dan bijak dalam mendidik anak-anaknya.Beliau mendidik anaknya dengan pandangan penuh kasih sayang.Cara pendidikannya melalui nasihat penuh hikmah,lontaran perbandingan bagi membimbing anak-anak untuk berfikir.Beliau bijak mengatur kata-kata dalam membangunkan kefahaman dan memperkasa jiwa si permata hati.







Nasihat Luqman mengenai keistimewaan dan kecerdasan akal anak.Dia berkata kepada puteranya:"Puteraku,puncak kehormatan dan kedudukan tinggi adalah akal yang cerdas.Orang yang cerdas akalnya,maka akan tertutup semua dosa-dosanya,diperbaiki kesalahan-kesalahannya dan diredhai Tuhannya.

Ibu bapa harus mengambil teladan dari kisah dan sejarah Luqman dalam pendidikan anak-anak.Bagi meningkatkan potensi minda anak-anak,mereka digalakkan mahir berfikir yang merupakan antara potensi minda yang berperanan penting dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Ibu bapa harus memahami kejayaan anak pintar adalah terletak kepada cara mereka berfikir.Sebagai contoh pelajar yang mempunyai IQ tinggi tidak semestinya pandai berfikir dan mereka masih perlu di ajar berfikir.Mengikut kajian,tidak semestinya individu yang mempunyai keputusan peperiksaan yang baik mahir berfikir kerana sistem peperiksaan pada hari ini secara amnya berdasarkan sistem hafalan dan menuliskan kembali apa yang dipelajari.Ramai di kalangan mereka lemah dalam aspek kemahiran berfikir ke arah penyelesaian masalah dan penjanaan keputusan.Setiap ahli masyarakat perlu sedar betapa pentingnya modal insan pintar yang mampu dan mahir berfikir dapat dilahirkan sebagai pelapis pemimpin masadepan.